Penerbitan Keluang Man (filem)

Pra-produksi

Pembuatan filem ini telah dirangka oleh pasukan penulisan Astro Shaw sejak tahun 2019 diketuai Anwari Ashraf yang terkenal sebagai pencipta Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM serta penulis siri filem Polis EVO, Roshfaizal Ariffin yang turut merangka bersama terkenal menulis dan mengarahkan Didi & Friends The Movie dan pengarah kesan visual Bulan & Pria Terhebat dan lain-lain.[1]

Perjanjian bersama hak cipta

Hak cipta adaptasi filem diperoleh pada Mei 2022 oleh pemilik harta intelek siri asal ini, Iconic Animation Studio kepada Astro Shaw.[2] Perjanjian tersebut diadakan di ibu pejabat Astro di Bukit Jalil dengan dihadiri oleh ketua Astro Shaw & Nusantara, YM Raja Jastina Raja Arshad.[3][4]

Pemilihan pelakon

Astro Shaw mengumumkan pencarian Keluang Man di laman media sosial mereka.[5] Panggilan uji bakat bagi filem dijalankan pada Julai dan Ogos 2023.[6][7] Pencarian tersebut mendapat perhatian termasuk Naim Daniel yang turut berminat untuk menyertai ketika berkata kepada New Straits Times.[8] Barisan pelakon diumumkan pada 28 November 2023 di Kuala Lumpur, di mana Nas-T dipilih sebagai pelakon utama filem yang memainkan watak Keluang Man, di samping pelakon seperti Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal dan Rosyam Nor.[9] Dalam pengumuman barisan, penggambaran dijadualkan bermula pada April 2024 iaitu selepas Aidilfitri.

Rujukan

WikiPedia: Keluang Man (filem) https://www.hmetro.com.my/rap/2022/05/845069/nanti... https://www.therakyatpost.com/fun/2023/07/29/are-y... https://www.utusan.com.my/nasional/2023/11/nas-t-t... https://www.youtube.com/watch?feature=shared&v=3fm... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2022/... https://www.astroawani.com/berita-hiburan/selepas-... https://www.astroawani.com/berita-hiburan/keluang-... https://www.malaymail.com/news/showbiz/2023/07/30/... https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2023/09/95... https://www.imdb.com/title/tt28648248/